10 July 2008

Shabery pertaruh jawatan berdebat dengan Anwar | Jika gagal debat serah pada Pak Lah pilih orang lain sebagai menteri penerangan

Shabery sedia pertaruh jawatan Kabinet dalam debat dengan Anwar

KUALA LUMPUR 10 Julai – Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau sedia menerima sebarang tindakan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung jawatan Kabinet yang disandangnya itu sekiranya gagal mempertahankan dasar kerajaan dalam debat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak Isnin ini.

“Sekiranya saya gagal, saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan (sebagai menteri),” katanya ketika diminta mengulas kenyataannya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai perkara itu semalam.

Ahmad Shabery berkata menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan dan menerangkan sebaik mungkin dasar kerajaan menaikkan harga bahan api.

“Sekiranya saya gagal melaksanakan tugas, saya serah pada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang lebih baik untuk menerangkan dan mempertahankan dasar kerajaan. Saya serius dengan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Australian Broadcasting Corporation (ABC) Bruce Dover serta rombongan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Shabery menyatakan keyakinannya bahawa langkahnya untuk berdebat dengan Anwar dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lepas.

— LAGI SHABERY-DEBAT 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Anwar dilaporkan pernah berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja jika partinya menjadi kerajaan.

Debat bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak"

anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Ahmad Shabery berkata debat itu adalah cara terbaik dan bertamadun dalam membincangkan sesuatu isu daripada mengadakan perhimpunan haram atau konsert yang memalukan.

Mengulas reaksi berbeza mengenai sama ada debat itu perlu atau tidak, Ahmad Shabery berkata :"Soal setuju atau tak setuju, ini adalah tugas saya. Apa yang penting ia dapat terangkan dasar kerajaan.” Beliau juga ditanya mengenai perbuatan individu tertentu menyamar sebagai dirinya untuk meminta wang, Ahmad Shabery berkata: “Saya terkejut sebab ada orang yang guna nama saya minta duit.” “Perkara ini tadak wajar dilakukan dan saya telah membuat laporan polis dan setakat ini belum ada yang dikenal pasti.Saya harap tiada orang yang terpedaya.”

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment