10 July 2008

Rompakan menjadi-jadi

Pemandu tidur ditinggal di kubur

KAJANG: Mimpi indah dua pemandu lori yang sedang nyenyak tidur di berhampiran Plaza Tol Batu 11, di sini bertukar menjadi mimpi seram apabila mereka ditinggalkan bersendirian berhampiran tanah perkuburan di Semenyih, dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa dan kelindannya dikatakan kepenatan selepas seharian menempuh perjalanan panjang membawa muatan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Taman Cheras Jaya, di sini, sebelum mereka berhenti rehat berhampiran Plaza Tol Batu 11, dekat sini.

Sejurus beberapa jam berhenti rehat, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dikatakan tiba-tiba muncul sebelum dua daripadanya keluar mendapatkan lori yang membawa besi aluminium itu.

Kedua-dua mangsa kemudian diikat tangan manakala mulut disumbat kain sebelum salah seorang penyamun terbabit memandu lori terbabit menghala ke Kajang sebelum meninggalkan mangsa berhampiran tanah perkuburan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, berkata kedua-dua mangsa yang berumur 30-an itu dikatakan gagal menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas dan ketika kejadian mangsa sedang tidur.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment