06 July 2008

Rakyat syak Bala terima tekanan hebat ubah akuan tidak sampai 24 jam

Pembangkang guna politik kotor - Najib

PEKAN 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang mengamalkan politik kotor sehingga sanggup mempermainkan undang-undang termasuk menggunakan akuan bersumpah berbaur fitnah demi kepentingan peribadi.Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka seolah-olah mahu mengheret negara ini ke dalam 'undang-undang rimba' yang bukan bertujuan mencari kebenaran tetapi hanya cuba menjatuhkan imej pihak lain.

''Politik Malaysia kini sudah sampai peringkat main kotor hinggakan mempermainkan undang-undang asalkan matlamat mereka (pembangkang) tercapai.

''Apa yang berlaku sekarang ialah bukan mencari kebenaran tetapi sebenarnya percubaan untuk mengubah tanggapan dan mempengaruhi pemikiran rakyat terhadap pemimpin kerajaan dengan menggunakan undang-undang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Peramu Jaya 3 di padang awam Peramu Jaya di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini berhubung penarikan balik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, semalam.

Peguam yang mewakili Balasubramaniam, M. Arulampalam memberitahu anak guamnya berada dalam keadaan tertekan ketika membuat akuan bersumpah awal bertarikh 1 Julai lalu yang kemudian didedahkan pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin.

Menurut Arulampalam, semua tuduhan dalam akuan bersumpah yang didedahkan kelmarin adalah tidak tepat dan tidak benar.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan mengamalkan 'undang-undang rimba' sebaliknya perkara itu dilakukan sendiri oleh mereka.

''Mereka (pembangkang) tidak takut (memainkan undang-undang) mungkin kerana mereka ada motif atau sesuatu habuan yang diterima," katanya.

Mengulas tindakan Balasubramaniam yang mendedahkan akuan bersumpahnya pada sidang akhbar kelmarin, beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan ketika kes pembunuhan Altantuya sedang dibicarakan di mahkamah.

Lebih dikesalkan kata Najib, ada pemimpin pembangkang turut terlibat dalam sidang akhbar yang menyentuh kes yang sedang dibicarakan di mahkamah itu.

Jika di negara lain ujar beliau, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mempersoalkan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment