02 July 2008

Polis nak siasat ketua polis? Peguam nak dakwa peguam negara?

Musa Hassan tak halang laporan Anwar terhadapnya disiasat

Tan Sri Musa Hassan menegaskan, beliau tidak akan menghalang siasatan ke atas laporan polis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat dalam kes pemalsuan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Ketua Polis Negara juga memberitahu, beliau tidak akan membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung sebarang dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap dirinya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Eksesais Bersatu Aman Siri 01/2008 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini hari ini, Musa menegaskan:

“Saya tak boleh komenlah. Buat apa saya nak komen, biarlah siasatan dijalankan.”

Kepada soalan mengenai kemungkinan beliau akan membuat laporan balas kepada Anwar, beliau memberitahu:

“Buat apa? Biarlah siasat (laporan Anwar), apa salahnya?”

Semalam, Anwar membuat laporan polis mengandungi dakwaan terhadap Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam.

Sementara itu, Musa juga enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan berusia 23 tahun yang mendakwa beberapa kali diliwat bekas majikannya itu termasuk kali terakhir pada 26 Jun lalu.

“Saya tak boleh komen mengenai kes itu, jangan tanya saya. Saya tak boleh komen apa-apa. Tiada soalan mengenai kes itu,” katanya.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment