18 July 2008

Polis ambil keterangan peguam Bala

KUALA LUMPUR 18 Julai - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) hari ini mengambil keterangan peguam, M. Puravalen berhubung siasatan akuan bersumpah P.Balasubramaniam.

Puravalen merupakan peguam ketiga yang dipanggil oleh pihak polis selepas Americk Sidhu dan N. Surendran.

Beliau dipercayai peguam bagi akuan bersumpah kedua P. Balasubramaniam hadir di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato Onn di sini untuk direkod kenyataannya selama sejam bermula pukul 10 pagi.

- Utusan

No comments:

Post a Comment