30 July 2008

Pelajar perempuan Malaysia ditahan di Jordan | 3 tahun tamat visa

Pelajar Malaysia ditahan di Jordan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita yang mengambil jurusan Bahasa Arab di Universiti al Al-Bayt, Mafraq, Jordan ditahan pihak berkuasa negara itu selepas dia didapati tinggal melebihi tempoh masa.

Noorul Mardhiyyah Ismail, 25, ditahan pada 23 Julai lalu oleh imigresen Jordan selepas tempoh visa yang dipohon ketika dia pergi ke negara itu enam tahun lalu tidak diperbaharui apabila ia tamat sejak September 2005.

Setiausaha Kedua merangkap Pegawai Konsul Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan, Kholil Musa berkata, Noorul Mardhiyyah kini ditahan di pusat tahanan orang-orang asing yang tinggal melebihi masa di Mafraq kira-kira 80 kilometer dari bandar Amman.

"Pelajar dari Kelantan itu ditahan di kediamannya kerana tidak memperbaharui visa.

"Kita sering tekankan kepada pelajar-pelajar di sini supaya memperbaharui visa masing-masing setiap kali ia hampir tamat,'' kata beliau semasa dihubungi di Amman semalam.

Menurut beliau, daripada siasatan, pelajar tersebut memberitahu dia menyambung pelajarannya sepanjang dia tinggal di negara itu.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui dia belajar di mana sepanjang tempoh visanya tamat.

Jelas beliau, pihak kedutaan melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Amman telah memaklumkan mengenai penahanan pelajar tersebut kepada keluarganya di Kelantan semalam.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment