28 July 2008

Pelajar Malaysia dibelasah di Melbourne

MELBOURNE 28 Julai — Seorang pelajar Malaysia yang teruk dibelasah empat lelaki di sini Jumaat lepas, dilaporkan semakin pulih di Royal Melbourne Hospital.

Polis berkata Kevindra Joseph, 19, diserang ketika sedang berjalan menuju ke rumah seorang kawannya di Little Lonsdale Street pada 2.50 pagi.

Dia ditemui pengsan di laluan pejalan kaki oleh orang ramai.

Pelajar bidang kejuruteraan RMIT University itu cedera di kepala.-Bernama

No comments:

Post a Comment