17 July 2008

Pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan Anwar tidur di lantai lokap boleh mula mengintai kerja kosong selepas ini

Anwar perlu lapor diri kepada polis 18 Ogos

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.45 pagi tadi, perlu melaporkan diri kepada polis 18 Ogos depan.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, peguam Anwar, R Sivarasa dan Sangkara Nair berkata, ketika ini tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap Anwar.

Sivarasa berkata, polis membebaskan Anwar tanpa perlu menjelaskan sebarang jaminan dalam bentuk wang selepas polis selesai merekodkan percakapannya, termasuk mengambil keterangan ringkas sebagai tambahan yang diambil pagi tadi sejurus sebelum dibebaskan.

Beliau berkata, polis membebaskan Anwar tanpa perlu menjelaskan sebarang jaminan dalam bentuk wang selepas polis selesai merekodkan percakapannya termasuk mengambil keterangan ringkas sebagai tambahan yang diambil pagi tadi sejurus sebelum dibebaskan.

"Bagaimanapun, Anwar perlu melaporkan dirinya di IPKKL pada 18 Ogos.

"Anwar pulang terus ke rumahnya (Segambut Dalam) kerana perlu berehat berikutan sakit belakang dialaminya selepas berbaring di atas lantai lokap yang sejuk.

"Seorang doktor peribadi akan memeriksa dan merawat Anwar di rumahnya," katanya.

Mengenai keengganan Anwar memberikan sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ketika di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi, Sivarasa berkata, Anwar enggan berbuat demikian kerana tidak mahu DNAnya dimanipulasikan.

"Lagipun DNA Anwar sudah ada sebelum ini. Tambahan pula kami difahamkan untuk tuduhan seperti ini (liwat) tidak memerlukan sangat sampel seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Sangkara pula berkata, Anwar berada dalam lokap IPPKL sepanjang masa kecuali ketika keterangannya direkodkan.

Anwar dilihat meninggalkan IPKKL bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama semua anaknya yang datang menjemputnya.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment