Anwar Beri Keterangan, Azizah dan Nurul Izzah Juga di IPK
Penasihat PKR Anwar Ibrahim masih lagi sedang memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK).
Isterinya Wan Azizah Ismail dan anak sulungnya Nuru Izzah ikut berada di dalam ibu pejabat polis berkenaan.
Baru sekejap tadi peguam Anwar, Sivarasah kelihatan keluar dari ibu pejabat polis berkenaan. Sekitar jam 2:00 petang beberapa orang pemimpin parti gabungan Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan kepada Anwar. Bagaimana selepas itu mereka kembali semua ke Parlimen.
Orang ramai juga mula berhimpun di tepi jalan berhampiran ibu pejabat polis itu sambil mengangkat sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku.
Tidak diketahui berapa lama lagi Anwar 'dikurung' di IPK berkenaan dan apakah beliau terus ditahan sementara dibawa ke mahkamah esok.
www.msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment