13 July 2008

Orang bertanya mengapa Ezam simpan untuk ugutan rahsia buruk Anwar | Itulah Ezam

Ezam perlu bongkar rahsia kerana rakyat bukan kerana diri

Kenyataan Ezam di STAR menimbulkan sedikit tanda tanya. Ezam akan hanya mendedahkan rahsia buruk Anwar Ibrahim sekiranya beliau dikaitkan dalam konspirasi yang sedang berlaku. Anwar Ibrahim menuduh bahawa wujud konspirasi ke-2 dalam tuduhan liwat kali kedua ini dan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan pula menyebut bahawa Ezam ada bertemu dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan polis.

Ezam, dalam isu ini mungkin nampak bahawa beliau akan dikaitkan dengan tuduhan konspirasi tuduhan liwat ini lantas bersumpah akan mendedahkan keburukan Anwar Ibrahim 24 jam sebaik sahaja ada maklumat yang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah membuat tuduhan bahawa dia terlibat.

Persoalannya ialah kenapa Ezam memerlukan Anwar Ibrahim atau Wan Azizah menuduhnya terbabit dengan konspirasi liwat ini baru mahu membongkar rahsia buruk Anwar. Sekiranya Anwar Ibrahim ada rahsia buruk dan tidak layak memimpin maka inilah masa yang sesuai untuk Ezam mendedahkan – untuk kepentingan rakyat dan bukan hanya sekiranya ada tuduhan ke atas dirinya sahaja.

Untuk tujuan ini adakah Ezam Mohd Nor akan terus memerap rahsia buruk Anwar Ibrahim selagi Anwar tidak membabitkan penglibatan beliau dalam isu tuduhan liwat ini. Adakah Ezam akan terus berdiam selagi dirinya tidak disentuh atau dikaitkan.

Ezam sepatutnya bertindak membongkar rahsia buruk Anwar sebelum Anwar terus bertindak mendapat sokongan rakyat. Ezam perlu lakukan bukan kerana diri tetapi untuk kepentingan rakyat dan negara.

www.umno-reform2.com

No comments:

Post a Comment