03 July 2008

Mungkin tiba masa tubuh siasatan diraja kerana melibatkan kepentingan umum

Kes liwat ikut laporan mangsa - Polis

KUALA LUMPUR - "Ia (siasatan laporan liwat) diklasifikasikan sebagai liwat selepas polis meneliti laporan dan keterangan mangsa bukannya selepas kita menerima laporan perubatan.''

Demikian tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika diminta mengulas mengenai laporan dua buah akhbar (bukan kumpulan Utusan) semalam yang mengatakan kes itu diklasifikasikan sebagai liwat selepas polis menerima laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, laporan yang mengatakan bahawa klasifikasi kes liwat itu hanya dibuat selepas polis menerima hasil laporan perubatan mangsa dari Hospital Kuala Lumpur adalah tidak tepat.

Menurutnya, berdasarkan laporan polis yang diterima daripada mangsa sebelum ini, siasatan telah dimulakan dengan mengklasifikasikannya sebagai kes liwat.

"Klasifikasi itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan mangsa.

"Jadi, saya ingin jelaskan bahawa laporan media itu salah, keputusan klasifikasi sebagai kes liwat bukan sebab hasil laporan perubatan HKL," katanya di sini semalam.

Kenyataan Ismail itu merupakan yang pertama setelah usaha mendapatkan perkembangan mengenai siasatan kes gagal sejak Isnin lalu.

Sabtu lalu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah kondominium di Bukit Damansara dua hari sebelum itu.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment