16 July 2008

Mereka buat apa sahaja kerana mereka sedang berkuasa

Syed Hamid: Kerajaan tidak campuri tangan selagi berlandaskan undang-undang

Kerajaan tidak akan mencampuri tugas polis selagi pihak berkuasa itu melaksanakan tugas yang diamanahkan mengikut lunas undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Selagi tindakan polis tidak terkeluar dari undang, keadilan dan kesaksamaan, saya fikir kita tidak akan masuk campur," katanya semasa diminta mengulas penangkapan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Sepasukan anggota polis menahan Anwar kira-kira 50 meter dari rumahnya di Segambut dan diiringi ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas dengan mendakwa dia diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu dua hari sebelum itu.

Syed Hamid yang ditemui selepas majlis penerangan mengenai isu-isu semasa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota jawatankuasa Umno bahagian di Kedah, berkata beliau berpuas hati kerana polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur.

Sementara itu, Najib yang ditanya pemberita mengenai penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata: "apa-apa yang polis buat asalkan tidak melanggar undang - undang negara tidak menjadi kesalahan." BERNAMA

No comments:

Post a Comment