15 July 2008

Mengapa tonto tidak dibawa ke mahkamah?

Tonto ekori pegawai ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Sekumpulan tonto bertindak berani mengekori kenderaan Bahagian Penguat kuasa Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dalam usaha mereka menakut-nakutkan penguat kuasa yang menjalankan operasi membanteras penjualan bahan cetak rompak.

Tonto terbabit sanggup menunggu di luar pagar masjid Bukit Aman ketika pegawai dan anggota penguat kuasa singgah di situ untuk menunaikan solat Maghrib, sebelum meneruskan operasi pemantauan di sekitar ibu negara, malam tadi.

Sejurus anggota penguat kuasa selesai menunaikan solat, kumpulan tonto terbabit yang menaiki dua kereta, masing-masing sebuah Proton Wira dan Satria, terus mengekori kenderaan KDN dari masjid berkenaan hingga ke Jalan Duta.

Bagaimanapun, kecekapan anggota penguat kuasa berjaya meloloskan diri daripada diekori tonto terbabit, sebaik melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, anggota Bahagian Penguat kuasa Kawalan Filem melakukan pemantauan dan intipan bagi membanteras penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) di sekitar kawasan Kuchai Lama dan Sentul.

Operasi diketuai pegawai penguat kuasa bahagian berkenaan, Norazwan Mohd Nor, disertai 12 anggota termasuk pegawai dan membabitkan pasar malam di kedua-dua lokasi.

“Kami menyedari diekori sebaik keluar dari kawasan terbabit selepas mendapati Proton Wira dan Satria berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sebelum pasukannya meneruskan pemantauan di pasar malam sekitar Sentul.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment