06 July 2008

Kegagalan siasatan boleh mengundang pertikaian kemudian hari

18 dipanggil beri keterangan kes liwat

KUALA LUMPUR 6 Julai - Polis sehingga kini telah memanggil 18 individu termasuk doktor pakar yang menjalankan pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bagi memberi keterangan kes liwat membabitkan pemuda itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, jika perlu, pihaknya akan memanggil saksi lain bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan hasil pemeriksaan tersebut dan perjalanan siasatan kerana masih dalam proses mengumpulkan maklumat.

“Kita minta semua pihak beri kerjasama dan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment