27 July 2008

Jangan main politik Uncle | Hantu sekolah Tanjung Lumpur tak sabar menunggu kedatangan Uncle

Dua jam masalah histeria selesai - Uncle

KUANTAN - "Uncle akan pergi ke sekolah itu untuk tengok keadaan sebenar yang berlaku."

Demikian kata Ketua Pasukan Penyiasat Lokasi Paranormal (PSI), Syed Abdullah Al-Attas atau Uncle ketika diminta mengulas mengenai kejadian histeria di kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur (SMKTL) dekat sini.

Beliau menambah, kejadian histeria yang menyerang pelajar di sekolah itu boleh diselesaikan dalam masa hanya dua jam.

"Itu histeria, tak ada kaitan dengan makhluk halus, ia boleh diselesaikan dalam masa dua jam sahaja, insya-Allah dengan izin Allah," katanya semasa dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Katanya lagi, beliau sedia untuk ke SMKTL selepas tidak ada lagi pengamal perubatan tradisional yang berjaya menamatkan siri histeria di sekolah itu.

"Biar semua pengamal perubatan tradisional mencuba dahulu. Sekira- nya tiada yang berjaya, baru Uncle akan pergi tengok tempat itu dan buat apa yang patut," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff meminta pihak-pihak yang berkebolehan menyelesaikan masalah tersebut tampil bagi menghulur bantuan memandangkan pelajar sekolah terbabit bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Sehingga kini, Kosmo! Ahad difahamkan, sudah ada tiga pengamal perubatan tradisional mencuba untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun masih berlarutan.

Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam, Uncle berkata, ia mungkin ilusi sehingga pelajar terbabit terlihat seorang wanita tua yang disebut sebagai nenek kebayan serta beberapa lagi makhluk lain yang aneh dan hodoh.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment