KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) tidak melihat kepada agama, khususnya Islam atau negara Islam sebagai asas untuk tidak meluluskan permohonan visa.
Bagaimana kekukuhan ekonomi seseorang atau negara adalah kriteria utama bagi kelulusan atau penolakan permohonan.
Pakar Komersil kedutaan AS di sini, Teh Lay Hwa berkata pada masa ini 95 peratus dari permohonan visa dari Malaysia telah diluluskan oleh kedutaan.
"Apa yang kami khuatirkan ialah menerusi visa bukan imigran, pelawat ke AS boleh pergi ke sana dan tinggal serta mencari kerja dan tidak kembali, terutama jika pada masa lalu mereka mempunyai anggota keluarga di sana yang tidak mahu pulang. Kami mempunyai set visa yang berbeza untuk imigran.
"Agama tidak pernah menjadi faktor. Ya, hanya selepas 9/11, dua hingga tiga tahun selepas 9/11 kami menghadapi beberapa masalah kemasukan visa kerana kami hendak mengadakan sistem yang cukup kukuh untuk melindungi diri kami.
"Pada masa itu, sistem itu belum tersedia. Dan sekarang ini sudah siap sedia," kata Teh.
Pegawai wanita itu mengalu-alukan pelancong ke AS di luar Persidangan I n U anjuran Gullivers Travel Association di sini hari ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment