14 July 2008

Insiden yang memalukan | Polis dengar dan sebar khabar angin mengatakan ada perhimpunan haram

"Syed Hamid minta maaf kesesakan teruk akibat sekatan polis .....

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memohon maaf kepada rakyat berikutan sekatan jalan raya yang dibuat polis menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk pagi tadi.

Beliau berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil polis berikutan maklumat yang diterima polis bahawa satu perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di pekarangan Parlimen.

Beliau menegaskan tindakan polis itu dibuat atas dasar menjaga keselamatan orang awam.

"Keputusan itu (mengadakan sekatan jalan raya) dibuat kerana banyak kenyataan dibuat untuk mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi di Parlimen dan kita mempunyai banyak bukti menunjukkan apa yang dilakukan itu memang menganggu gugat ketenteraman awam.

"Tindakan polis ini juga tiada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia semata-mata kerana keselamatan orang awam kerana apa yang mereka mahu ialah keselamatan mereka terjamin bukannya demonstrasi atau gangguan dalam urusan harian mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau berkata kerajaan ada bukti mengenai cadangan perhimpunan besar-besaran di Parlimen, termasuk menerusi SMS, internet serta risikan.

www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment