27 July 2008

Hari ini 50 Taliban dibunuh, esok mereka membunuh pula | Pihak ini memang tidak suka lihat dunia Islam aman

Serangan udara, 70 pemberontak Taliban terkorban

KHOST, Afghanistan 27 Julai – Seramai 50 hingga 70 pemberontak Taliban terbunuh dalam beberapa serangan udara yang dilancarkan pasukan tentera bersekutu di timur Afghanistan awal hari ini.

Gabenor Khost, Arsala Jamal memberitahu AFP bahawa kumpulan itu pada awalnya menyerang sebuah balai polis di wilayah itu yang terletak berhampiran sempadan dengan Pakistan dan membunuh dua pegawai polis dengan salah seorang dipenggal.

Jelasnya, pesawat penggempur tentera bersekutu dipanggil untuk melakukan serangan balas.

“Taliban telah menyerang salah satu balai polis dan semasa mereka berundur, tentera udara antarabangsa mengebom mereka menyebabkan antara 50 hingga 70 pemberontak terbunuh.

“Mereka telah menembak mati seorang polis dalam serangan awal dan menangkap seorang lagi yang kemudiannya dipenggal,” kata Arsala.

Arsala berkata, dia mempunyai rakaman video pemberontak tersebut terbunuh dalam serangan di daerah Spera di sempadan kedua-dua negara.

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengesahkan serangan tersebut.

Serangan udara kemudiannya dihentikan bagi mengelakkan orang awam terkorban selepas kumpulan pemberontak itu melarikan diri ke kawasan perkampungan. – AFP

No comments:

Post a Comment