Gani Patail selesai beri keterangan
PUTRAJAYA 11 Julai - Peguam Negara. Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pukul 11.40 pagi ini.
Beliau dilihat keluar dari pejabat tersebut sambil diiringi oleh pengawal daripada BPR setelah memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.
Beliau yang dikepung oleh pemberita bagaimanapun enggan mengulas.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, TAn Sri Musa Hassan masih lagi berada di ibu pejabat tersebut - Utusan.
No comments:
Post a Comment