05 July 2008

Panggil untuk disiasat bukan panggil untuk dibelanja minum

Gani, Musa akan dipanggil bila-bila masa - BPR

KUALA LUMPUR 5 Julai – Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memanggil Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada bila-bila masa untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka berdua.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Said Hamdan memberitahu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan akan dipanggil sebaik sahaja pihaknya menyiapkan kertas siasatan.

Beliau menambah, sekiranya semua prosedur berjalan lancar, kemungkinan besar BPR memanggil kedua-dua pemimpin itu bersama-sama lebih 10 lagi saksi secara berperingkat mulai minggu depan. – Utusan.

No comments:

Post a Comment