23 July 2008

Gaji lebih lumayan, sistem hidup yang jauh ke hadapan disamping bebas mengamalkan agama Islam, punca ingin lebih lama di negara barat

236 siswazah perubatan enggan kembali ke tanah air

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 236 orang pelajar bidang perubatan yang menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara apabila menamatkan pengajian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk mereka kembali ke tanah air termasuklah terpaksa merayu.

Katanya, satu ketika dahulu kerajaan hanya mengenakan bayaran token sebanyak RM150,000 sekiranya mereka tidak mahu pulang namun tidak semua yang membayarnya.

- Utusan

No comments:

Post a Comment