04 July 2008

Felda Jelai tercemar lagi

Adegan seks Felda Jelai berlaku lagi

TAMPIN: Selepas tiga individu, termasuk peneroka berusia 52 tahun dari gugusan Felda Jelai, dekat sini ditahan polis kerana terbabit dengan rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai', Mei lalu, tanah rancangan itu tercemar lagi apabila seorang remaja lelaki dan pasangannya yang baru berusia 14 tahun ditahan kerana aktiviti sama.

Remaja berusia 18 tahun dari Felda Jelai Empat itu dipercayai merakam sendiri adegan seksnya bersama gadis dari Felda Jelai Tiga, tetapi rakaman terbabit tidak sempat disebarkan seperti yang berlaku pada adegan 'Budak Jolai' kerana perbuatan mereka dapat dihidu penduduk kampung.

Menurut sumber, sebaik menyedari kejadian itu, penduduk kampung meminta bantuan polis yang kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Felda Jelai Empat, kelmarin sebelum menahan remaja berkenaan yang mengaku melakukan hubungan seks dengan gadis terbabit dan merakamkannya dalam telefon bimbit miliknya.

Polis kemudian ke rumah gadis berkenaan dan turut merujuk kes pasangan terbabit ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana melakukan persetubuhan haram.

Berikutan kejadian itu, kakak kepada gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas, kira-kira jam 3.30 pagi semalam mendakwa adik perempuannya dirogol remaja berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan itu dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Katanya, remaja itu kini ditahan di Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut, manakala gadis terbabit dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan.

Gugusan tanah rancangan itu sebelum ini gempar apabila seorang peneroka dari Felda Jelai Tiga serta pasangannya berusia 21 tahun dari Felda Jelai Empat ditahan polis hujung Mei lalu kerana terbabit rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai'.

Turut ditahan, seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari Felda Jelai Tiga yang bertindak selaku jurukamera rakaman adegan di sebuah pondok dalam kawasan kebun getah itu, tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis yang masih menyiasat kes berkenaan.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment