01 July 2008

Di mana Saiful?

Pemeriksaan kesihatan kes liwat Saiful siap

Laporan pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah siap.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, laporan sulit mengenai Mohd. Saiful telah dihantar kepada pihak berkuasa untuk prosedur seterusnya.

“Kami sudah periksa (Mohd. Saiful) dan hantar laporan pagi tadi. Kami buat pemeriksaan menyeluruh, bagaimanapun, kami tiada kuasa untuk mendedahkan apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Saiful, pembantu Anwar di pejabat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya.

Anwar menafikan dakwaan tersebut dan hari ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan saman terhadap Mohd. Saiful dengan menuduh bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu membuat laporan polis palsu mengenai kejadian liwat tersebut yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Ketika ditanya adakah Mohd. Saiful masih berada di HKL untuk pemeriksaan susulan, Dr. Zaininah berkata: “Dia tiada di sini. Pihak polis sudah mengambil Mohd. Saiful malam tadi.”

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment