17 July 2008

Begitu banyak kes jenayah besar di Malaysia, mengapa kes tuduhan liwat Anwar menjadi keutamaan polis melainkan andaian tekanan politik

Dakwaan liwat: Polis cari bukti kuatkan siasatan

Polis mungkin mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan analisis DNA jika beliau terus enggan bekerjasama.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang menilai daripada aspek undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah itu.

"Kita sedang melihat peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Anwar yang ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam untuk disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak permintaan polis untuk menjalani ujian DNA itu.

Mengulas perkara itu Ismail berkata, dalam kes liwat adalah penting untuk mendapatkan contoh DNA daripada orang yang dituduh terlibat.

Ditanya sama ada polis akan menggunakan contoh DNA yang diambil daripada Anwar 10 tahun lepas (ketika beliau berdepan tuduhan serupa) untuk disepadankan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ismail berkata polis tidak akan berbuat demikian.

"Sekarang adalah sekarang dan yang lepas adalah lepas. Kita cakap tentang sekarang," katanya.

Beliau berkata, pembebasan Anwar dengan jaminan polis hari ini akan memberi peluang kepada polis mengambil keterangan baru bagi melengkapkan siasatan.

"Kita akan berusaha mencari bukti-bukti yang ada bagi menguatkan siasatan. Pegawai penyiasat tahu apa yang dimahukannya," kata Ismail.
Beliau berkata, Anwar akan diminta melaporkan diri kepada polis dalam masa yang ditentukan kemudian.

Mengulas layanan polis sepanjang penahanan Anwar semalam, Ismail berkata, polis memberi layanan yang baik mengikut peruntukan undang-undang di bawah Kanun Acara Jenayah.

"Semasa dalam tahanan, peguam-peguam dapat berjumpa dengannya, malah semasa rakam percakapan, peguam ada bersamanya. Begitu juga apabila kami memberi kemudahan bersolat, makan minum, mengikut prosedur-prosedur lokap kita. Isteri beliau turut dibenarkan melawat termasuk tengah malam untuk memberi ubat," katanya.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment