21 July 2008

Sejauhmana kebenaran Saiful seorang yang berani

Gambar : Saya diliwat secara paksa oleh lelaki tua yang sakit tulang belakang

Bapa: Anwar 'banyak alasan, dolak-dalik'

Bapa pemuda, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan penasihat PKR itu memberi "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes tersebut.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.

Azlan Mohd Lazim berkata anaknya Mohd Saiful Bukhari telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan peguam anaknya Zamri Idrus di sebuah hotel sebelah Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.

Turu serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'

Azlan juga berkata anaknya sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar sebagai majikannya.

Menurut peguam itu, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana "ada hal lain."

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment