Anak Muda Malaysia Tidak Lupa Sejarah
Kenyataan Media
4 Julai 2008
Angkatan Muda Keadilan Johor, memandang serius tuduhan YB Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pemuda Umno, Johor yang menuduh Anwar Ibrahim sedang bermain api dengan mempergunakan akuan bersumpah Balasundram yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantunya Sharibu.
Kenyataan beliau ternyata cuba mengaitkan Anwar sebagai perosak kepada sistem perundangan Negara. Sedangkan selama ini dalam banyak kes termasuk dalam siri pendakwaan terhadap Anwar 1998 lagi, tidak ketinggalan dalam kes pemecatan Tun Salleh Abbas 2 dekad lalu menunjukkan sistem pemerintahan Negara telah kerap dicabuli oleh pimpinan Barisan Nasional.
Mungkin Razali perlu diingatkan bagaimana pendedahan Anwar, bulan Ramadhan tahun lalu yang melihatkan konsipirasi dan pengaturan sistem kehakiman dan perundangan Negara, oleh VK Linggam dan Tun Ahmad Fairuz yang telah dibuktikan sedikit sebanyak oleh Suruhanjaya Diraja, membenarkan telahan Pakatan Rakyat, selama ini.
Kami percaya hal ini cukup disedari dan difahami oleh golongan muda justeru majoriti daripada pengundi muda mengambil keputusan menolak BN dalam pilihanraya umum lalu.
Justeru tuduhan beliau yang mengatakan Anwar sedang bermaian api adalah salah serta tidak bertanggungjawab serta wajar dicemuh oleh golongan muda.
Kami juga melihat tuduhan beliau, berkenaan campur tangan asing melambangkan sikap Pemuda Umno yang bersifat nasionalis sempit serta cuba menutup kecelaruan yang timbul dalam Negara. Bagi kami rentetan pendedahan dan tuduhan yang berlaku hari ini dan masa depan tidak akan berkesudahan sekiranya sistem perundagan Negara dan polis tidak dibersihkan dari unsur rasuah dan penyelewengan.
Kes melibatkan ketua polis Negara dan Peguam Negara dalam laporan polis Anwar 2 hari lalu sewajarnya di nilai dan disiasat dengan sepenuhnya.
Bagi kami keselamatan Negara dipagari oleh sistem yang adil bukan mempertahankan parti politik yang mengamalkan ideologi perkauman usang dan tidak bertanggungjawab.
Amirudin Shari
Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan
merangkap Pemangku Ketua Angkatan Muda Johor
--------------------------------------------------------------------------------
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
No comments:
Post a Comment