Mungkinkah Anwar ditahan di IPK Shah Alam hari ini?
Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam tepat jam 2.50 tadi.
Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.
Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.
Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.
Katanya, terdapat desas-desus bahawa bekas TPM itu akan ditahan di IPK Shah Alam, berhubung dakwaan kes liwat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun laporan terhadap Gani dan Musa tidak ada kena mengena dengan dakwaan terbaru terhadap beliau.
Sebelum ini Anwar menegaskan, beliau diperangkap dengan kes terbaru kerana pihak tertentu mengetahui bekas TPM itu akan membuat laporan polis terhadap AG dan IGP serta membuat pengumuman hasratnya untuk bertanding di sebuah kawasan pilihan raya.
Bagaimanapun dengan kewujudkan kes terbaru ini, segala gerak kerja politik beliau tertangguh.
Selepas di IPK Anwar dijadualkan akan memberikan sidang akhbarnya di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara, seterusnya berucap dala ceramah umum di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.
Bagaimanapun semua jadual beliau bergantung kepada suasana yang bakal berlaku di IPK Shah Alam.
www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment