Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
13 July 2008
18 maut serangan bom di Selatan Afghanistan
KANDAHAR (Afghanistan): Seorang lelaki meletupkan dirinya berdekatan kawalan polis di Wilayah Uruzgan, di Selatan Afghanistan, semalam menyebabkan 18 terbunuh, termasuk 13 orang awam.
Ketua Polis Wilayah, Juma Gul Himat, berkata serangan bom itu turut mengorbankan lima pegawai polis dan mencederakan 30 yang lain.
Serangan bom itu berlaku ketika polis melakukan kawalan di tengah bandar yang sibuk di Daerah Rawood.
Letupan itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan rumah kedai musnah.
Kebanyakan mangsa yang cedera ialah pemilik kedai dan budak lelaki yang menjual rokok dan barangan di jalanan.
Isnin lalu, 55 orang awam terbunuh dan serangan bom di luar Kedutaan India di Kabul.
Pada 6 Julai pula, serangan udara tentera Amerika Syarikat menyebabkan 47 orang awam mati di Nargarhar. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment