Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyerahkan sampel DNA beliau kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas, kata peguamnya.Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner.
"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa.
Beliau menjelaskan, apabila peguam bekas timbalan perdana menteri itu juga mencabarnya, keterangan awal tentang perkara itu dibuang daripada keterangan mahkamah oleh hakim waktu itu Datuk S Augustine Paul.
"Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."
Tambahnya, Anwar hanya bersedia memberikan sampel DNA sekiranya ia dijalankan secara profesional dan wujud pihak perubatan yang bebas.
Sivarasa juga menganggap kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar sebagai "mencampuri" urusan siasatan polis dalam kes tersebut.
Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, peguam itu berkata Anwar memang ditelanjang dan bahagian sulitnya diukur seperti dimaklumkan kepada media semalam.
New Straits Times hari ini memetik satu sumber, yang tidak dinamakan, dari hospital Kuala Lumpur yang menafikan doktor berbuat demikian seperti dakwaan Anwar dalam sidang medianya semalam.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment