23 June 2008

Tujuan Khalid supaya kamu tidak terkejut, surat pergantungan akan diserah esok

"Saya cabar MB pecat saya terus dari jawatan ini"

Seorang pegawai kanan Pejabat Menteri Besar Selangor yang sebelum ini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan agihan kontrak pembersihan sampah, mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya.

Pegawai kanan berumur 40-an itu membuat cabaran itu kerana tidak puas hati dengan tindakan Menteri Besar memaklumkan beliau digantung tugas bermula hari ini menerusi SMS yang dihantar kepadanya petang semalam.

Beliau berkata, tindakan memecatnya lebih wajar berbanding menggantung tugas hanya dimaklumkan menerusi SMS yang dihantar sendiri oleh Abdul Khalid.

"Saya dapat arahan penggantungan tugas mulai esok (hari ini) melalui SMS petang tadi. Saya cabar Menteri Besar pecat saya terus daripada jawatan ini," katanya.

www.klpos.com

No comments:

Post a Comment