24 June 2008

"Tingkat empat" cuba menggantikan Mohd Hassan (Petronas) ?

Dr M: Tugas saya macam 'peti surat'

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tugasnya sebagai penasihat Petronas ibarat "peti surat" yang membawa pandangan pihak luar kepada presiden syarikat petroleum itu Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Tugas utama saya macam sebuah peti surat. Saya sampaikan kepada Tan Sri Hassan bermacam-macam permintaan dan cadangan yang dikirim kepada saya.

"Saya sendiri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam keputusan Petronas," kata mantan perdana menteri hari ini.

Beliau juga menganggap perdebatan beberapa ahli Dewan Rakyat mengenai syarikat nasional itu sebagai permulaan percubaan golongan "tingkat empat" menggantikan Mohd Hassan, yang juga ketua pegawai eksekutif Petronas, dengan calon pilihan mereka.

"Sesetengah ahli parlimen menumpukan perbahasan tentang Petronas, kelihatannya cuba mengalihkan perhatian daripada (menumpukan kepada) kerajaan berhubung kenaikan harga minyak yang tidak difikirkan masak-masak," katanya lagi di blognya Chedet.com.

"Jika saya tidak salah tanggap, ia sebagai permulaan untuk melantik seorang calon pilihan (kumpulan penasihat perdana menteri di) tingkat empat sebagai ketua Petronas seperti mereka lakukan ketika memecat Tengku (Tan Sri) Mahaleel (Tengku Ariff) sebagai (ketua pegawai eksekutif) Proton."

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment