21 June 2008

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan SAPP disingkir dari BN

BN tiada pilihan kecuali singkir SAPP

Barisan Nasional (BN) hendaklah memenuhi kehendak Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee agar parti berkenaan disingkirkan dari gabungan itu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, BN kini tidak ada pilihan lain kecuali menyingkirkan SAPP setelah Majlis Tertinggi parti itu memutuskan pada sidangnya di sini hari ini untuk menyokong desakan Yong bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat.

"Ini sejajar dengan keputusan yang diambil oleh mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam," katanya dalam satu kenyataan.

Liew, yang juga presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), berkata sesebuah parti komponen tidak harus kekal dalam BN jika ia tidak mempunyai keyakinan terhadap pemimpinnya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment