27 June 2008

Seperti diduga, Ezam dikenakan syarat ketat masuk Umno kerana MT masih curigai niat Ezam

Ezam diterima masuk UMNO, tetapi tidak boleh bertanding

Majlis Tertinggi UMNO hari ini membuat keputusan menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd. Nor sebagai ahli parti itu.

Tetapi beliau tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti.

Mohamad Ezam ketika dihubungi berkata, beliau menerima keputusan Majlis Tertinggi itu dengan hati terbuka.

``Sememangnya hasrat saya sertai UMNO bukan untuk bertanding sebarang jawatan. Oleh itu, saya terima keputusan itu dengan hati yang terbuka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment