Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid (gambar) tidak akan berundur daripada jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meskipun telah keluar daripada Umno bulan lalu.
Sambil menegaskan tanggungjawab itu sebagai ibadat, bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.
Oleh itu, jelas Sanusi, beliau tidak percaya Sultan Ahmad Shah akan memecat beliau kecuali atas nasihat Perdana Menteri.
Sejak keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, desas-desus menyebut beliau telah diminta untuk berundur daripada jawatan tersebut.
Sanusi menyatakan demikian ketika ditemui di rumahnya di sini petang ini.
www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment