27 June 2008

Polis sudah menyiasat Pak Lah?

Polis mungkin ambil tindakan terhadap Raja Petra

Tindakan mungkin akan diambil terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin sekiranya Peguam Negara mendapati terdapat unsur fitnah yang menjejaskan kredibiliti negara dalam akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman web MalaysiaToday itu dalam akuan berkanunnya itu adalah serius.

"Kita sedang jalankan siasatan dan sudah ambil beberapa keterangan kecuali seorang.Kita tunggu tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau enggan mengulas siapakah seorang lagi yang belum diambil keterangan.

Sehingga kini antara mereka yang telah diambil keterangan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau.

Raja Petra dalam akuan berkanun yang difailkannya di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Jun, menamakan tiga individu, termasuk Rosmah, yang didakwanya berada di tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Akuan berkanun itu turut mendakwa bahawa Khairy menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah selain pakar bom, pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati, yang juga pengawal pengiring Rosmah, di tempat Altantuya diletupkan di Puncak Alam, Shah Alam pada Oktober 2006.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment