19 June 2008

PM kata Yong tamak, rakyat tunggu PM berani pecat SAPP dari BN

PM mahu lantik Yong sebagai wakil khas

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau mahu melantik Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sebagai Senator selepas beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

"Selepas itu saya katakan pada dia, saya akan jadikannya sebagai wakil khas yang ada kaitan dengan BIMP. Ia adalah wilayah pembangunan kecil yang membabitkan Brunei, Indonesia, Filipina dan Malaysia," katanya.

Perdana menteri berkata, beliau telah memberitahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengenai perkara tersebut dan pengerusi Umno Sabah itu menyokong pelantikan tersebut.

"Yong mempunyai peranan yang boleh dilaksanakan seperti promosi perdagangan dan pelancongan Sabah.

"Kita juga mahu beliau turut membantu dalam isu-isu berkaitan sempadan, pendatang haram, masalah parti dan lain-lain.

"Yong bersetuju dengan tawaran tersebut, jadi saya mula ambil tindakan tetapi tidak boleh dibuat dengan cepat, perlu mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu," katanya Abdullah yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Bagaimanapun, Yong tidak dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Mahu bertanding

Bercakap dalam sidang media, Abdullah berkata, sebenarnya Yong mahu bertanding dalam pilihanraya umum lalu tetapi tidak ada kerusi untuknya bertanding.

Keadaan ini, kata perdana menteri, menyebabkan beliau tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Berikutan itu, tambahnya, Yong merasa tidak gembira dan beliau mula memprotes pembahagian kerusi komponen BN.

Katanya, Yong telah meminta kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang diperuntukkan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), yang juga mahu melepaskannya.

Perdana menteri mendedahkan Yong telah membuat perangai ketika lawatannya ke Sabah baru-baru ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, bekas ketua menteri Sabah itu tidak datang ke majlis yang dirasmikannya itu.

"Saya difahamkan beliau berada di Sandakan tetapi beliau mula hendak buat cerita lain.

"Sekarang kita tahu apa yang dia mahu. Dia nampaknya lebih berminat dengan apa yang ditawarkan oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Tak tahulah apa yang Anwar tawarkan, mungkin jawatan tinggi atau sebagainya.

"Sebab tu saya kata dia tamak," kata Abdullah.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment