18 June 2008

Pilihan raya dalam masa terdekat, bagai menempah maut bagi Umno

BN hadapi kejutan pertama?

Perhatian hari ini tentunya bertumpu ke Sabah.Ini berikutan khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) nak adakan satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Luyang Kota Kinabalu.

Ikut ceritanya ia melibatkan satu kejutan.

SAPP cuma sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh jadi berita besar.Ini dalam kontek berbagai sepekulasi lepas pilihanraya 8 Mac mengenai Ahli Parlimen BN di Sabah.

Cakap-cakap yang berlegar ialah sidang akhbar itu ada kaitan dengan keputusannya tentang kedudukannyanya dalam BN.

Sehingga berita ini ditulis lewat malam Selasa kalangan pimpinan parti yang dipimpinan oleh Datuk Yong Teck Lee,bekas Ketua Menteri Sabah terus membisu mengenai tujuan sidang akhbar berkenaan.

Sumber-sumber parti itu hanya meminta tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat.Andaian popular mengatakan SAPP akan umum keluar BN.

Bagaimanapun ada sumber lain yang rapat dengan pimpinan parti itu menduga jika itu berlaku SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

Katanya parti itu akan kekal pada entitinya sebagai sebuah parti bebas.

Dua Ahli Parlimen parti itu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau).

Soal kemungkinan ada Ahli Parlimen BN Sabah nak keluar dari BN telah ditanya oleh para wartawan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang akhbar beliau selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di Kota Kinabalu petang Selasa.

Perdana Menteri jawab ringkas ,``saya tidak diberitahu apa-apa"

www.agendadaily.com

No comments:

Post a Comment