KUALA LUMPUR 23 Jun - Buat pertama kalinya hari ini petugas media dilarang membuat liputan di kawasan lobi Parlimen yang merupakan kawasan utama mendapatkan sumber berita.
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-12 ini menyaksikan banyak larangan dikenakan kepada petuga-petugas media yang membuat liputan di Parlimen.
Larangan pertama yang dikeluarkan oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria ialah menghadkan petugas media bagi sesebuah organisasi kepada lima orang sahaja.
Hari ini larangan dikenakan keatas petugas media membuat liputan di kawasan lob Parlimen dan mereka hanya dihadkan di tempat sidang akhbar.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment