TANYONG LIMO, Thailand 7 Jun _ Seorang lelaki dikehendaki polis berikutan pembunuhan dua anggota Marin Thailand, ditembak mati dalam serbuan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah.
Alinsan Nikaji, 25, mati ditembak selepas hampir 100 polis dan askar mengepung kampung Tanyong Limo dan menggelidah setiap rumah untuk mencari suspek tersebut.
Pasukan keselamatan mengesan empat orang suspek di sebuah rumah menyebabkan berlaku kejadian berbalas tembakan selama 20 minit, menyebabkan Alinsan terbunuh.
Kerajaan Thai sebelum ini menawarkan 1,000,000 baht (RM98,000) bagi membolehkan suspek ini ditahan berikutan peranannya menahan dan membelasah sehingga mati dua anggota marin di kampung itu dalam kejadian yang berlaku pada 2005.
Sebanyak 500,000 baht (RM49,000) lagi turut ditawarkan bagi membolehkan dua lagi suspek yang berjaya ditahan.
Krisis penahanan dua anggota Marin di Tanyong Limo merupakan salah satu kejadian yang paling dramatik dalam tempoh empat tahun konflik di selatan negara ini yang sehingga kini menyebabkan seramai 3,300 orang telah menjadi mangsa pembunuhan.
Dalam kejadian 2005 itu, beratus-ratus wanita yang bertudung dan kanak-kanak bertindak sebagai perisai bagi menahan askar Thai dari memasuki kampung itu selama 18 jam.
Pada masa yang sama, dua anggota Marin itu ditahan di masjid di kampung itu.
Askar-askar Thai hanya dibenarkan masuk ke kampung itu selepas kedua-dua anggota tentera tentera itu mati akibat dibelasah. - AFP
No comments:
Post a Comment