23 June 2008

Khairy akan bincang dengan peguam

Akuan sumpah Petra: Ini kata Khairy

NAIB Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Khairy Jamaluddin menegaskan beliau akan merujuk terlebih dahulu kepada peguamnya berhubung dengan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa bahawa beliau ada menyimpan laporan bertulis mengatakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu pada malam 9 Oktober 2006.

Menurut Khairy, disebabkan perkara itu mempunyai implikasi undang-undang maka beliau perlu berbincang dahulu dengan peguamnya.

“Saya akan bincang dengan peguam…ada implikasi undang-undang jadi saya kena bincang dulu dengan peguam saya,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui selepas majlis taklimat khas Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bersama Perdana Menteri di Kementerian Penerangan hari Ahad.

Raja Petra membuat dakwaan itu dalam Akuan Bersumpah yang dibuatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu.

Dakwanya selain Rosmah ada dua orang lain bersamanya di lokasi itu.

Seorang pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai memberitahu mereka sedar mengenai surat akuan itu. Beliau menyifatkannya sebagai mind-boggling.

www.klpos.com

No comments:

Post a Comment