07 June 2008

Himpunan rakyat "Menuju Harapan Baru" bersama Anwar 8 Jun ini

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan himpunan aman 'Menuju Harapan Baru' pada 8 Jun ini di Taman Keramat.

Himpunan yang akan bermula pada jam 9 malam itu antara lain bertujuan memberi penerangan berhubung isu kenaikan harga minyan perkembangan terkini Kerajaan Pakatan Rakyat.

Himpunan akan diadakan di Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat dan akan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta dalam himpunan rakyat itu ialah, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungip.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan himpunan ini.

www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment