26 June 2008

Gerak alat Ezam, Ezam alat Umno

Kenyataan Media GERAK
Written by anuar mohd nor
Wednesday, 25 June 2008
KENYATAAN AKHBAR


25 JUN 2008



GERAK : Kerajaan PR Selangor wajar telus dalam Pemerintahan



Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menegaskan bahawa Kerajaan PR Selangor perlu lebih telus dalam isu pemerintahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri termasuk penggunaan wang dana negeri dan pengagihan kontrak. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor harus mencerminkan sikap yang berbeza dengan kerajaan BN Selangor sebelum ini yang didakwa tidak mengamalkan dasar pemerintahan yang telus dan gagal bertindak sebagai Good Governance.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar untuk tidak melindungi mana-mana kakitangan di bawah pentadbirannya sekiranya pihak atau individu yang terbabit jelas telah menyalahgunakan kuasa termasuk dalam kes siasatan terhadap pegawai kanannya Mohd Yahya Mat Sahri yang dinyatakan oleh MB Selangor sebagai telah selesai dan tidak mempunyai unsur rasuah. Kedudukan sebagai pegawai kanan bukan lesen untuk dikecualikan daripada tindakan dan hukuman sekiranya didapati bersalah.



Sambutan 100 hari pentadbiran baru Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sewajarnya dihindarkan daripada isu penyelewengan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang sepatutnya dimasukkan ke akaun kerajaan negeri dan bukannya dimasukkan ke dalam akaun PKR. Ketidaktelusan ini sekadar mengundang pandangan serong dan sinis masyarakat terhadap keseriusan usaha Kerajaan PR Selangor dalam agenda membentuk kerajaan yang beramanah dan adil . GERAK sentiasa bersama dengan mana-mana kerajaan negeri mahupun pusat yang bersedia menjadikan agenda melawan rasuah sebagai agenda yang menjadi keutamaan mereka. GERAK juga bersedia untuk memberikan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan isu berkaitan pembentukan Good Governance dan usaha membanteras rasuah . GERAK menggesa agar BPR menyiasat kes penyelewengan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta oleh Kerajaan PR Selangor ini.



GERAK mencadangkan agar Majlis Hisbah (Ombudsman Council) ditubuhkan dalam Pakatan Rakyat Selangor yang melibatkan wakil daripada PKR, PAS & DAP. Penubuhan Majlis Hisbah ini penting bagi memastikan perjalanan Kerajaan PR Selangor berjalan dengan baik, transparen dan mendukung aspirasi dan kebajikan rakyat. GERAK komited untuk membina budaya membenci korupsi di kalangan masyarakat Malaysia.





"RASUAH MUSUH NO.1 NEGARA"





Mohd Nazree Mohd Yunus

Pengerusi GERAK Malaysia

GERAK Malaysia
Gerakan Rakyat Anti Korupsi
Civil Movement Against Corruption
B-1012, Level 10, Block B, Kelana Square,
Jln SS7/26, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia
Tel: +603 7804 9632
Fax: +603 7803 9423
www.gerakmalaysia.org

No comments:

Post a Comment