27 June 2008

Dr Hassan Ali tidak dimaklumkan

Dr Hassan tidak tahu 'tabung politik'

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma sempena sambutan perayaan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, 20 Jun lepas.

Exco kerajaan negeri itu berkata, kewujudan tabung itu tidak pernah dibincangkan dengan PAS Selangor.

"Saya tidak tahu ada beratus-ratus surat yang dihantar kepada syarikat-syarikat korporat untuk mendapatkan wang bagi sambutan perayaan tersebut," katanya, mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dalam satu ceramahnya kelmarin.

"Saya juga tidak tahu kalau ada duit masuk ke dalam akaun itu.

"Saya tidak ada maklumat mengenai perkara tersebut."

Dr Hassan menjelaskan beliau hanya mempengerusikan jawatankuasa sambutan di peringkat kerajaan, sementara satu lagi ditubuhkan di peringkat parti.

Jawatankuasa peringkat parti turut melibatkan wakil-wakil PAS, PKR dan DAP, tambahnya.

Katanya kepada Malaysiakini hari ini, beliau hanya mengetahui penggunaan dana di peringkat kerajaan.

Beliau, yang juga wakil rakyat Gombak Setia, menduga kerja di peringkat jawatankuasa parti dikendalikan oleh pegawai tertentu dalam pentadbiran negeri.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment