13 June 2008

DBKL setuju tidak lanjutkan tempoh bayar letak kereta kenderaan

KUALA LUMPUR 13 Jun – Tidak sampai 48 jam selepas mengumumkan lanjutan tempoh bayaran kereta sehingga 10 malam serta pada Ahad dan cuti umum berkuat kuasa Isnin ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan keputusan itu berikutan rungutan orang ramai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan yang menyifatkan perkara itu tidak sesuai dilaksanakan masa ini.

Dengan itu tempoh pembayaran letak kenderaan kekal dari 7.30 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu manakala Ahad dan cuti umum dikecualikan.

Ab Hakim memberitahu pemberita di sini hari ini, kadar bayaran juga adalah sama iaitu 80 sen di kawasan pusat bandar dan 50 sen di kawasan pinggir bandar.

Rabu lepas, beliau mengumumkan bahawa waktu operasi pembayaran letak kereta dilanjutkan sehingga 10 malam berikutan pengenalan Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE) bermula Isnin ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment