Dakwa dinodai di balai polis
Seorang gadis berusia 17 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diperkosa seorang anggota polis berpangkat lans koperal di sebuah balai polis di Selangor, Rabu lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dia turut dipaksa melakukan seks luar tabii oleh anggota polis berusia 20-an terbabit sebelum dirogol.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama teman lelakinya yang menaiki motosikal, ditahan anggota polis terbabit yang melakukan rondaan di satu lokasi pada jam 5 pagi.
Katanya, anggota polis terbabit yang mendapati teman lelaki mangsa tidak mempunyai lesen motor kemudian dikatakan membawa pasangan itu ke sebuah balai polis untuk disoal siasat.
“Kedua-dua mereka disoal siasat dalam bilik berasingan. Mangsa kemudian dikatakan dipaksa menanggalkan pakaian.
“Anggota itu dikatakan mengugut mahu menghumban teman lelakinya ke dalam lokap jika mangsa enggan berbuat demikian.
“Kerana bimbang keselamatan teman lelakinya, mangsa menuruti arahan anggota itu supaya melakukan seks luar tabii, sebelum dirogol anggota terbabit,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, mangsa tidak mendedahkan kejadian terbabit kepada teman lelakinya selepas mereka dibebaskan, mahupun keluarganya sebaik pulang ke rumah.
Bagaimanapun, katanya, atas alasan tertentu mangsa menceritakan perkara itu kepada seseorang dua hari kemudian sebelum ia diketahui ibu bapa mangsa.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Height, kelmarin,” katanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.
“Anggota itu sudah direman untuk siasatan lanjut,” katanya.
www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment