19 June 2008

Celahan SPR melucukan

SAPP: BPR sedia siasat jika ada unsur rasuah

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedia menyiasat jika terdapat unsur suapan atau sogokan dalam kes Parti Maju Sabah (SAPP) yang secara terbuka mengumumkan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang Dewan Rakyat, minggu depan.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, badan tersebut sememangnya sentiasa memantau tentang kemungkinan berlaku kes lompat parti disebabkan oleh sogokan.

"Ini persoalan politik kita tak campur tapi kalau pertukaran kumpulan, kalau ada lompat-melompat kerana ada sogokan kita akan menyiasat.

"Kita memantau perkara ini juga dan kita akan menyiasat kalau ada aduan-aduan atau pun maklumat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan boling BPR bersama media di sini hari ini.

Menurut beliau, jika terdapat unsur sogokan dalam isu melompat parti, ia akan disiasat di bawah Seksyen 10 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu kesalahan menerima sogokan atau Seksyen 10 (b) Akta Pencegahan Rasuah kerana kesalahan memberi sogokan.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara minimum 14 hari atau maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.- Utusan.

* Kes hampir sama yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang
Sokong Idris atau Dedah Salah Laku, BPR Buka Siasatan Adun Kijal

No comments:

Post a Comment