01 June 2008

Anwar lupa daratan?

Kenyataan Nora

Ini kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah. Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO. itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Dalam isu ini Nora agak kesal dengan kritikan-kritikan yang tidak beretika,melampau,sumpah seranah termasuk maki hamun yang di lemparkan terhadap beliau. Ingat! sewaktu Anwar terpenjara Ezam lah yang turut bersama pejuang-pejuang reformasi untuk berkorban demi keadilan dan menentang kezaliman rejim Mahathir.

Anehnya,tidak siapa pun bertanya kenapa Ezam beralih pandangan terhadap Anwar Ibrahim. Lebih menyayat hati, setelah Anwar di bebaskan, Ezam yang sebelum ini menjadi tunggak reformasi tiba-tiba senyap. Hairan kan, kenapa ini boleh berlaku? Ezam juga adalah seorang manusia.

Nora juga rasa terkilan menerima ratusan sms dan email yang penuh dengan kata-kata nista terhadap Ezam dan UMNO. Nora setakat ini Insyallah tidak pernah terlintas untuk menyertai UMNO, tetapi untuk mengeji UMNO dan ahli-ahli nya dengan kata-kata sedemikian bukan “style” Nora.

Salah satu SMS yang paling Nora terkilan adalah seperti berikut :

Salam, Allah dah pilih Nora untuk bersama-sama dalam parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Nora jangan sekali-kali terpengaruh dengan Ezam yang Allah campakkan balik dalam lubang yang penuh najis iaitu UMNO.

Untuk mengelar UMNO lubang najis dan ahli-ahlinya terpalit dengan najis, Nora ada sesuatu yang mahu dikongsi bersama:

Dalam hidup Nora sebagai peniaga kecil, Nora berdepan dengan pelbagai masalah. Kesempitan hidup, perniagaan yang semakin merosot,penindasan dari pihak DBKL dan persaingan warga asing, menambah kepada penderitaan kehidupan.

Ini adalah apa yang kami sebagai reformis lalui. Kemelaratan ini berlarutan sehingga ke hari ini bagi sesetengah mereka yang bergelar reformis. Sungguh pun perkara ini tidak asing dari pengetahuan kepimpinan PKR, namun tidak ada satu tindakkan kemanusiaan di ambil untuk membantu kami.

Namun, Allah itu Maha Kuasa. Yang terbuka pintu hati untuk membantu adalah orang yang kita kata terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis. Entah mengapa, orang yang di katakan terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis mempunyai nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada tempat yang pernah Nora perjuangkan agenda mereka.

Orang yang di katakan berselubung dengan najis menghulur tangan-tangan bantuan kepada Nora. Nora telah diberi peluang untuk bekerja. Lebih mengejutkan lagi,orang yang di katakan terpalit dengan najis turut membela beberapa orang teman-teman yang semuanya terbabit dengan reformasi dan berlainan parti, termasuk PKR dan PAS.

Aneh sekali,orang yang dikatakan terpalit dengan najis tadi tidak pernah mempersoalkan wadah dan penglibatan kami secara berterusan sehingga kini. Malah bagi orang yang terpalit dengan najis tadi membenarkan prinsip masing-masing dan tidak menghalang kami untuk menyertai mana-mana perhimpunan demonstrasi mahupun perhimpunan-perhimpunan bagi memperjuangkan hak rakyat.

Mungkin benar kata orang, tidak hilang nilai intan biar di salut debu dan lumpur serta dalam konteks ini dalam lubang najis sekali pun.

Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang gah melaungkan perjuangan membela nasib rakyat sedangkan nasib ahli pun di pandang remeh dan ada kalanya dihina.

Nora ingin menyarankan agar janganlah kita prejudis kepada sesetengah ahli UMNO yang kita katakan terpalit busuk akibat najis yang kemungkinannya kita terlupa mempersoalkan diri kita tentang kemanusiaan. Jangan ambil serong komen Nora ini,apa yang Nora cuba sampaikan adalah apa yang Nora dan rakan-rakan reformasi lain rasakan. Nora hanya berharap agar kita semua berpijak pada realiti kehidupan. Sekali lagi Nora ingin tegaskan Nora tidak menyertai UMNO tetapi janganlah kita menjadi hipokrit dalam perjuangan.

http://nnora75reform.blogspot.com

No comments:

Post a Comment