28 June 2008

Anwar di RTM1 pada 15 Julai, Ali Rustam kepanasan

Hentikan debat dengan Anwar

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment