"Pakatan Rakyat akan tubuh kerajaan tidak lama lagi." Anwar
Pakatan Rakyat mendakwa dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru tidak lama lagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan tersebut kini hanya memerlukan 28 lagi Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyertainya sebelum dapat membentuk kerajaan.
Ini berikutan dua Anggota Parlimen dari Parti Maju Sabah (SAPP) akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat nanti, katanya pada majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan, di sini malam ini.
Beliau juga berkata Anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan membantah usul untuk menyokong kenaikan harga minyak oleh kerajaan, yang akan dibangkitkan Anggota Parlimen BN pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
www.klpos.com
No comments:
Post a Comment