Pada jam 5 petang tadi, pekerja Grand Saga tiba, dengan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis.
Kali ini, Grand Saga tidak lagi memasang tembok konkrit, tetapi membina dinding penghadang kekal menggunakan konkrit.
Polis mengawal kira-kira 400 penduduk daripada mengganggu pekerja membina penghadang di jalan pintas itu yang digunakan oleh penduduk untuk mengelak membayar tol.
Semalam, pada jam 9 malam, dua penduduk telah ditahan apabila kira-kira 1,000 orang cuba menghalang pekerja Grand Saga daripada memasang tembok penghalang konkrit setinggi tiga kaki di jalan tersebut.
Grand Saga berjaya memasang semula tembok penghalang konkrit itu, memaksa penduduk di kawasan tersebut menggunakan lebuhraya tol.
Ekoran itu, pengguna terpaksa memandu enam kilometer dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga bagi setiap perjalanan.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment